Assalammualaikum semua..
Kali ni nak tulis entri yang berkaitan dengan business dan
motivation.
OK. Lets start.
15 tahun lepas,
Tony resign dari Warner Music. Sekarang dia Berjaya membawa AirAsia menjadi
lebih hebat daripada syarikat yang dia makan gaji dahulu.
Untuk last
quarter, Warner Music memperoleh RM 12 JUTA. Manakala AirAsia memperoleh
RM209 juta.
|
So, Apa mesej tersirat yang kita dapat belajar?
Mesej tersiratnya ialah : Kejar impian kita. Capai impian kita. Tiada yang mustahil.
Kalau korang semua nak tau, AirAsia Berjaya kerana ada
partner yang menyokong Tony dalam usaha menaikkan jenama tersebut. Orang yang
dimaksudkan ialah Kamaruddin Meranum, merangkap Chairman AirAsia Group.
Penegajaran yang kita dapat di sini ialah,
Dalam membangunkan satu bisnes, kita tak akan dapat Berjaya
seorang diri. Pasti ada partner yang menyokong kita. Partner dan kita ada
kelebihan masing-masing.
Jangan sesekali tikam partner dari belakang. Jangan nak kaya sendiri-sendiri.
Agihkan keuntungan yang kita dapat dengan partner kita
Tetapi kini tidak. Bila sales kita mencecah RM1 juta lagi dah
nak khianati partnet. Mula la claim dia
sendiri yang develop business dan yang tak tahan siap cakap lagi dekat partner
“ Masa aku susah kau kat mana bro? Time aku senang baru kau muncul. “
Kawan, cuba hargai sikit partnet kita tu. Bayangkan kalau
partnet kita tu merupakan sahabat baik kita dari kecil, then cakap macam tu
dekat dia, tidakkah terguris hati partner kita?
Tengok AirAsia, income RM209 juta, bagi one quarter rilek
saja, tiada isu sailing partner.
For those yang nak Berjaya dalam business, belajar
ber-partner. Nak berjaya jangan sorang-sorang. JANGAN TAMAK. Orang tamak selalu
rugi.
Based on my observation, saya perasan ramai yang tidak berapa
mahir dalam ber-partner n i. Disebabkan tidak mahir ni membuatkan ramai
usahawan yang bergerak solo.
Tidak salah bergerak solo, tetap ianya amat memenatkan sebab
semua perkara kena buat sendiri.
Saya nak share sedikit tips kepada dalam ber-partner.
1.
Jangan buat keputusan secara solo.

2.
Jangan ingat kejayaan bisnes kita
adalah daripada anda seorang.

3.
Jangan penuhkan perut dan nafsu anda
seorang sahaja.

4.
Jika partner kita tidak perform / tak
buat kerja, tanya punca dia berbuat sedemikian.

5.
Be Professional.

6.
Buat dokumen mengenai income.




7.
Ambil gaji.


8.
Partner anda seorang manusia.


9.
Jangan tamak.


10.
Belajar mengalah dengan partner.




Kalau anda ada baca kisah mengenai abang Porsche, macam mana
abang Nazri tu boleh bina 12 syarikat, itu semua kejayaan seni ber-partner.
Yang penting sekali JANGAN
TAMAK.
Jika nampak 2 gunung emas, jangan kita kalut. Bahagikan sama
adil dengan partner. Dan selepass itu usaha bersama-sama lagi untuk mencari
gunung emas ketiga.
OKAY… semoga entri kali ni bermanfaat terutamanya bangi
mereka yang berminat nak mendalami bisnes.
Nantikan entri yang akan datang ..~~